Qasidah Munajat Al Imam Al Quthb Habib Abdullah Al Haddad
Ya Rasulallah . . .
Pada suatu malam al-Imam Abul Hasan asy-Syadziliy bermimpi bertemu dengan Rasulullah Shallallaahu'alaihi wa Sallam, baginda Nabi datang dengan membawa kabar gembira dan mangajarkan lafadz-lafadz doa kepada Sayyidinal-Imam Abul Hasan asy-Syadziliy.
Beliau hanya tertidur sebentar saja, dan dalam tidurnya itu beliau bermimpi bertemu dengan kekasih Allah Ta'alaa itu, Imam Abul Hasan asy-Syadziliy langsung bangun dari tidurnya dan mengambil air wudhu lalu segera menirukan lafadz-lafadz doa yang dituntunkan oleh Rasulullah Shallallaahu'alaihi wa Sallam. Seusai Imam Abul Hasan asy-Syadziliy membaca doa tersebut, angin bertiup dan membawa perahu kayarnya kembali berlayar.
Doa-doa itu kemudian ditulis dan diabadikan oleh beliau dan kemudian beliau ajarkan kepada murid-muridnya.
Setelah itu doa tersebut dijadikan wirid harian oleh beliau dan seluruh santrinya. Akhirnya beliau memberi nama doa itu dengan Hizb al-Bahr (wirid lautan).
Adapun khasiat dan keampuhan dari doa dan wirid ini membuat para penjahat dan bajak laut yang mempunyai niat jahat ketakutan di tengah samudera.
Bahkan Imam Abul Hasan asy-Syadziliy rahimahullah sendiri mengatakan, "Bila Hizb al-Bahr ini dibaca di sebuah tempat, maka tempat itu akan dilindungi oleh Allah dari malapetaka. Dan siapa pun yang istiqomah membaca Hizb al-Bahr ini setelah sholat ashar, maka ia tidak akan meninggal dunia dalam keadaan terbakar, tenggelam atau mati dibunuh orang."
Amalkan wirid ini dengan istiqomah, dan jangan mengharapkan apapun kecuali ridho dan perlindungan Allah Subhanahu wa Ta'alaa! Semua amalan dan bacaan yang diajarkan oleh para salaf sholih bila kita lakukan dengan istiqomah dan penuh keyakinan kepada Allah, maka akan membuahkan hasil yang nyata dan jelas di depan mata kita.
Diambil dari :
Buku Menguak Rahasial Ilmu Para Wali
Karya : Habib Alwi bin Ali Al Habsyi
Sumber :
http://tamanbuku.com/news/11/Sejarah-di-Tulisnya-Hizbul-Bahr
Diriwayatkan dari Abdullah bin asy-Syikhkhir ra, dia berkata, "Aku pernah mendatangi Rasulullah SAW., ketika itu Beliau sedang shalat, dan dari rongga (dada) beliau terdengar suara gemuruh seperti suara ketel tembaga mendidih disebabkan oleh tangisan."
Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud ra, dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku, 'Bacalah al-Qur'an untukku!' Aku berkata,"Wahai Rasulullah, apakah aku akan membaca al-Qur'an untukmu padahal al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?' Beliau bersabda, Sesungguhnya aku ingin mendengarnya dari selainku.' Aku pun membaca Surah An-Nisa' sehingga aku sampai pada Waji'na bika 'ala ha- ula-i syahida (Dan Kami mendatangkan kamu [Muhammad] sebagai saksi atas mereka itu [sebagai umatmu]). (QS an-Nisa' [4];41). Aku melihat kedua mata Rasulullah SAW bercucuran air mata."
Diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra, dia berkata, "Rasulullah SAW, meraih anak dari anak perempuannya yang masih kecil, yang hampir meninggal dunia. Beliau memeluknya lalu meletakkannya dihadapannya, dan anak itu meninggal dihadapan beliau. Ketika itu, Ummu Aiman menjerit, maka Nabi SAW berkata kepadanya, "Apakah kamu menangis di rumah Rasulullah?" Ummu Aiman berkata, "Bukankah aku melihat kamu seniri menangis?" Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku bukanlah menangis, tetapi ia adalah rahmat. Sesungguhnya seorang mukmin berada dalam kebaikan dalam setiap keadaan. Sesungguhnya jiwanya dicabut dari antara kedua rusuknya, sementara dia memuji Allah 'Azza wa Jalla."
Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, dia berkata, "Kami [ernah menyaksikan penguburan putri Rasulullah SAW, dan Rasulullah duduk di kuburan, aku melihat kedua mata beliau bercucuran air mata.
Diriwayatkan dari Aisyah ra bahwasanya Rasulullah SAW mencium Ustman bin Mazhnun yang meninggal dunia, dan beliau menangis. Kedua mata Rasulullah SAW banyak mengucurkan air mata.
Pernah sekali terjadi gerhana matahari, ketika shalat Rasulullah SAW menangis seraya berkata, "Wahai Tuhanku, bukankah Engkau telah menjanjikan kepadaku bahwa Engkau tidak akan menyiksa mereka, sedang aku berada di tengah-tengah mereka dan mereka memohon ampunan kepada- Mu? Dan kami memohon ampunan-Mu wahai Tuhanku."
Diambil dari :
Buku Indahnya Muhammad SAW
Karya : Syaikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani
Sumber :
http://tamanbuku.com/news/12/Tangisan-Rasulullah-SAW
Kisah Shaykh Ahmad ibn `Ujayl
"Pada satu hari, sedang al-Shaykh Ahmad ibn Musa ibn `Ujayl رحمه الله تعالى duduk mengajar bersama Murid-muridnya, masuk seorang mengadu akan hal jirannya yang dirasuk jin. Beliau meminta kepada Shaykh Ahmad untuk mengubati jirannya itu.
Shaykh Ahmad sanggup dan pergilah mereka kepada orang yang terkena jin itu. Beliau pun membacakan ke atasnya hanya sepotong ayat al-Qur`an (Surah Yunus ayat 59 [10:59]) iaitu : "Adakah ALLAH Mengizinkan yang demikian bagimu atau kamu berdusta terhadap ALLAH."
Dengan Kuasa ALLAH, orang itu terus baik dan pulih seperti sedia-kala.
Setelah beberapa lama, penyakitnya berulang lagi. Dicari Shaykh Ahmad ibn Musa ibn `Ujayl sekali lagi tetapi didapatinya dia telah meninggal dunia.
Melihat keadaan demikian, datang seorang dan berkata, "Saya tahu apa yang dibacakan oleh Shaykh Ahmad itu dan saya boleh membacakan dan mengubatinya."
Maka dia pun membacakan ayat tadi. Tetapi pesakit itu tetap tidak berubah dan tidak ada kesan apa-apa. Kenapakah demikian? Nyatalah bahawa ayat yang dibacakan itu sama sahaja tetapi lisan yang membacanya itu berlainan. Tidak sama bacaan seorang itu dengan yang lain. Ini bergantung keatas pendirian orang itu terhadap ALLAH سبحانه وتعالى."
Murid Yang Terpilih
"Orang-orang dahulu pernah membawa satu riwayat. Dikatakan ada seorang Guru mempunyai ramai anak Muridnya tetapi dia sayang kepada seorang anak Muridnya itu lebih daripada yang lain.
Pada satu masa, Gurunya itu telah memberikan seekor burung kepada tiap-tiap anak Muridnya itu dan menyuruh mereka semua menyembelihnya di tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa.
Tiap-tiap anak Muridnya kemudian pergi mencari tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa dan menyembelih burung itu. Seorang Muridnya itu membawa kembali burung itu tanpa disembelihnya. Apabila ditanya oleh Gurunya, dia menjawab, "Tuan Guru telah memberikan kepadaku satu syarat yang berat."
"Apa syarat yang berat itu?", tanya Gurunya. "Tuan Guru telah menyuruh saya menyembelihnya di tempat yang tiada dilihat oleh sesiapa. Tetapi di mana saya pergi, saya dapati ALLAH Melihat saya."
Begitulah seorang anak yang Saleh, sedar bahawa ALLAH senantiasa Berada bersamanya." - Kisah-kisah yang teramat indah ini pernah disampaikan oleh Al-`Allamah al-`Arif BiLlah al-Quthub al-Habib `Abd al-Qadir ibn Ahmad ibn `Abd al-Rahman al-Saqqaf رحمه الله تعالى ketika beliau berkunjung Da`wah ke Singapura. Petikkan dari kitab "Cahaya Hidayah - Syarahan Dan Nasihat Habib `Abd al-Qadir bin Ahmad al-Saqqaf" karangan Shohibul Fadhilah al-Habib as-Sayyid Hasan ibn Muhammad ibn Salim al-`Attas حفظه الله تعالى.

http://ukhti27.blogspot.com/2011/01/kerana-ia-bersama-allah.html
Assalamu 'Alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarokatuh
Video Streaming Acara Akbar "Majelis Rasulullah"