Qasidah Munajat Al Imam Al Quthb Habib Abdullah Al Haddad
Ya Rasulallah . . .
Syeikh Yasin Isa al-Fadani (-1916-1990)
Dalam dekad lima puluhan yang lalu,halaqah hadis SYAIKH MUHAMMAD YASIN AL PADANGI dibanjiri ramai penuntut dari dalam dan luar Mekkah,untuk mendengar kuliah hadis yang disampaikan oleh Syeikh Yasin serta memperolehi sanad hadis yang istimewa. Penuntut-penuntut dari Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersaing dalam halaqah ini.
Tokoh yang sedang diperkatakan disini ialah Syaikh Yasin seorang ulama ensiklopedia. Beliau
pakar dalang bidang hadis, fiqh, usul fiqh dan ilmu falak. Kepakaran
beliau dalam bidang hadis dapat dilihat pada gelaran para ulama pada
beliau iaitu “Musnid Dunya” Nama penuh beliau Abu al-Faid Muhammad Yasin
Bin Isa al-Fadani, dilahirkan pada tahun 1335 H/1916 M di daerah Padang
Indonesia dan wafat di Makkah pada 28 Dzulhijjah 1410 H/21 Julai 1990 M
pada hari Khamis malam Jumaat.
Riwayat
Syeikh al-fadani yang coba Saya paprkan ini, bukan ulama tempatan yang
biasa diperkenalkan melalui akhbar dan majalah, bukan seorang Tuanguru
yang pernah membuka pondok lalu namanya terukir bersama nam kampong,
pondok dan jama’ahnya. Tetapi beliau seorang Ulama yang setanding dengan
nama seperti Imam Abu al-Taib Syamsyuddin al-‘Azim Abadi dan Syeikh
Muhammad Khalil as-Saharanpuri. Syeikh al-Fadani bertemu dengan dua nama
ini dalam satu senarai kerana mereka merupakan pengarang kitab Syarah
Sunan Abu Daud, salah sebuah koleksi hadis yang mahsyur.
Tokoh ini seorang ulama yang terkenal sebagai luas pengetahuannya dalam bidang hadis ,terutama dalam pengkhususan sanad dan musalsalat. Jesteru beliau diberi julukan Musnid al-‘Asr.
Tidak
terkejut jiika Syeikh al-Fdani dikejar dan diburu oleh pencipta sanad
hadis untuk mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi.Kepentingan sanad
dalam perawian hadis digambarkan oleh Imam Abdullah Ibn Mubarak
rahimullah ta’ala sebagai keperluan untuk mempertahankan agama Islam itu
sendiri..Sehubungan ini, beliau berkata :
واو لا الاسناد لقل من شاء ما شاء الاسناد من الدين
“Sanad sebahgian daripada agama ,tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya”
“Sanad sebahgian daripada agama ,tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya”
Sejarah
mencatatkan para ulama hadis pernah merantau berbulan lamanya demi
mendapatkan satu hadis menerusi sanad yang tinggi dan dipercayai ada di
negeri –negeri tertentu,mereka sedia membelanjakan peruntukan yang
besar,kadang-kadang hanya untuk mendapatkan satu hadis.
Syeikh
Yasin murid yang sangat rajin dan tekun dalam menuntut ilmu dan belajar
pada ulama , maka tidak hairan kalau beliau mempunyai banyak guru,
diantara guru-gurunya adalah:
1. Syeikh Muhammad Ali bin Husain bin Ibrahim al-Maliky al-Makky
2. Syeikh Abi Ali Hasan bin Muhammad Massath al-Makky
3. Syeikh Umar bin Hasan Al-Mahrasi al-Maliky
4. SyeikhUmar Bajunaid (Mufti as-Syafi’iyah)
5. Syeikh Said bin Muhammad al-Yamani
6. Syeikh Hasan Yamani
7. Syeikh Muhsin bin Ali al-Musawi al-Falembani al-Makky
8. Syeikh Abdullah Muhammad Ghozi al-Makky
9. Syeikh Ibrahim bin Dawud al-Fathoni al-Makky
10. Sayyid Alawy bin Abbas al-Maliky al-Makky
11. Sayyid Muhammad Amin Kutbi al-Makky
12. Syeikh Ahmad al-Mukhollalati al-Sami al-Makky
13. Syeikh Kholifah al-Hanadi al-Nabhani al-Bahraini al-Makky
14. Syeikh Ubaidillah bin al-Islam al-Sindi al-Duyubandi
15. Syeikh Husain Ahmad al-Faidz Abbadi
16. Syeikh Abdul Qodir bin Taufiq al-Halabi
17. Syeikh Muhammad Abdul baqi al-Laknawy al-Ansori
18. Syeikh Abdul hadi al-Midrasi
Mereka
adalah sebagian dari guru-guru Syeikh Yasin dalam belajar kitab dan
Ijazah Sanad Perawi hadist, dan masih banyak lagi guru-guru beliau,
bahkan dalam ilmu Riwayat Sanad hadist beliau banyak menemui ulama-ulama
dari berbagai Negara sampai 700 guru baik lelaki mahupun perempuan
hanya demi mendapatkan Riwayat Sanad hadist.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar