Qasidah Munajat Al Imam Al Quthb Habib Abdullah Al Haddad

Qasidah Munajat Al Imam Al Quthb Habib Abdullah Al Haddad

Ya Rasulallah . . .

Al Imam Al Habib Abdullah Al Idus Al Akbar

Manaqib al-Habib Abdullah al-Aidarus al-Akbar bin Abu Bakar as-Sakran
Setelah itu aku berjalan untuk menziarahi kubah yang terdapat di Zanbal. Dikubah tersebut menempatkan makam al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan menantu kepada al-Habib Umar al-Muhdhor. Di dalam kubah tersebut juga terdapat makam al-Habib Ja’far bin Ahmad al-’Aidarus iaitu ayahanda kepada al-Habib ‘Ali yang tinggal di Batu Pahat, Johor. Kalau diperhatikan seluruh keturunan daripada al-Faqih al-Muqaddam, seperti al-Habib ‘Alwi al-Ghuyur, al-Habib Muhammad Muala Dawilah, al-Habib Abdurrahman as-Saqqaf, al-Habib Umar al-Muhdhor, al-Habib Abu Bakar as-Sakran, al-Habib Abdullah al-’Aidarus dan lain-lain tergolong dalam kibarul auliya’.

Manaqib Aidrus al-Akbar, al-Imam al-Habib Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Beliau adalah merupakan penyusun bagi ratib al-’Aidarus yang terkenal diamalkan sebelah alam melayu ini.
Nasabnya: ‘Abdullah al-’Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Di lahirkan dikota Tarim pada tanggal 10 Dhulhijjah 811H. Ibunya Maryam binti Syaikh Ahmad bin Muhammad BaRusyaid. Ibunya juga dari keluarga sholihin. Diriwayatkan oleh Habib Muhammad bin Hasan al-Muallim mengatakan bahwa bila ingin melihat ahli syurga maka lihatlah Muhammad BaRusyaid. [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Habib Muhammad bin ‘Ali Maula Aidid]

Gelaran al-’Aidarus: Beliaulah yang pertama kali diberi gelaran dengan al-’Aidarus atau al-‘Aitarus. Al-’Aidarus berasal dari kata ‘Utairus’ atau ‘’Atrasah’ yang bermakna bersifat seperti singa iaitu dari segi kekuatan dan keberaniannya. Ini adalah kerana semasa kecil, al-Habib Abdullah al-’Aidarus adalah seorang yang berani menghadapi apa pun baik manusia, binatang, makhlus halus dan sebagainya sehinggakan datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf memberikannya julukan ‘Utaiyrus’. Ketika datuknya al-Imam al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat, beliau berumur 8 tahun.

Ketika berusia 10 tahun ayahnya, al-Habib Abu Bakar as-Sakran bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf wafat dan beliau telah diasuh oleh bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdor bin al-Habib ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Dan dari bapa saudaranya inilah beliau banyak mengambil ilmu.

Pendidikan: Al-Habib ‘Abdullah belajar al-Quran dari al-Habib Muhammad bin Umar Ba’Alawi. Manakala ilmu fiqih beliau belajar dari al-Faqih Syaikh Saad bin Ubaidullah bin Abu Ubaid, Syaikh Abdullah Baharawah, al-Faqih Syaikh Abdullah BaGhasyir, al-Faqih Ali bin Muhammad bin Abu ‘Ammar, Ibrahim bin Muhammad Bahurmuz dan lain-lain. Kitab fiqih yang beliau tekuni antara lain adalah Kitab Tanbih karangan asy-Syirazi dan kitab Minhaj karangan Imam an-Nawawi.
Guru utama yang membimbing beliau adalah bapa saudaranya al-Habib Umar al-Muhdhor. Pelbagai ilmu yang beliau ambil dari bapa saudaranya ini terutamanya ilmu tasauf kerana bapa saudaranya terkenal sebagai tokoh didalam bidang tersebut.

Antara kitab yang dipelajari dan ditekuni oleh beliau adalah kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali. Bahkan beliau menghafal kitab-kitab Imam al-Ghazali terutamanya kitab Ihya. Oleh itu tidak hairanlah sejak dari kewafatannya sehingga kini setiap pagi Selasa, kitab Ihya dibacakan di kubahnya di Zanbal. Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat ketika Habib ‘Abdullah berusia 25 tahun.

Beliau telah dipakaikan khirqah shufiyah oleh gurunya iaitu al-Habib Umar al-Muhdor yang mana beliau pula terima dari leluhurnya sebelumnya.
Perkahwinannya: Beliau juga telah dikahwinkan oleh bapa saudaranya dengan anaknya iaitu Syarifah ‘Aisyah binti Umar al-Muhdhor. Habib Umar al-Muhdhor berkata: ”Aku mengkahwinkan puteriku, ‘Aisyah, dengan anak saudaraku, Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar, disebabkan aku mendapat isyarat dari pendahuluku (sesepuhku)”. Hasil perkahwinan Habib ‘Abdullah dengan Hababah ‘Aisyah, mereka dikurniakan dengan 4 orang putera dan 4 orang puteri iaitu: Abu Bakar al-‘Adni, ‘Alwi, Syekh, Hussin, Roqayah, Khadijah, Ummu Kultsum dan Bahiya.


Mujahadah: Selain tekun menuntut ilmu, al-Habib ‘Abdullah adalah seorang yang tekun bermujahadah dan banyak mengerjakan ibadah. Bahkan beliau mula bermujahadah memerangi hawa nafsu seawal umur 6 tahun. Untuk mengekang nafsu beliau pernah bermujahadah dengan berpuasa selama 2 tahun dimana beliau berbuka hanya dengan 2 butir kurma, kecuali pada malam-malam tertentu dimana ibunya dantang membawa makanan, maka beliau makan untuk menunaikan dan menghormati bunda kesayangannya itu.

Didalam kitab Masluk as-Sawi fi Jam’ie Fawaid Muhimmah min al-Masyr` al-Rawi ada menyebut bahwa al-Habib Abdullah al-’Aidarus al-Akbar pernah berpuasa selama 7 tahun dan berbuka hanya dengan 7 biji kurma sahaja.

Sifatnya: Antara sifatnya, beliau seorang yang sangat menghormati bundanya. Diakhir hayat ibunya, beliau berkhidmat melayani ibunya dan mengambilkan air untuk ibunya setiap hari walaupun dari tempat yang jauh. Beliau seorang yang sangat taqwa, tawadhu dan pemurah. Disebut didalam Masyra’ al-Rawi: Pemurahnya bagaikan seorang amir, namun dalam tawadhu'nya bagaikan seorang faqir. Beliau tidak pernah merasakan dirinya lebih baik daripada makhluq Allah yang lain.

Al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus pernah berkata:
“Bagiku, sama saja, pujian dan celaan, lapar atau kenyang, pakaian mewah atau pakaian tidak mewah (rendah mutunya), lima ratus dinar atau dua dinar. Sedari kecil, hatiku tidak pernah condong kepada selain Allah Ta’ala. Dan bagaimana boleh aku tenang, apabila badanku berbalik ke kanan aku melihat syurga, dan apabila berbalik ke kiri aku melihat neraka”. Begitulah sifatnya yang tidak cintakan dunia dan seisinya.

Beliau selalu duduk diatas tanah dan sujud diatas tanah untuk merasakan bahwa beliau tidak punya apa-apa, sebagai merealisasikan sifat kehambaan. Beliau membawa atau mengurus sendiri keperluannya dan tidak diperkenankan orang lain membantunya. Sebagaimana para pendahulunya, ia tidak suka akan syuhrah (dikenal), beliau memilih untuk khumul (menyendiri). Selain memberi taklim, mentarbiah muridnya, beliau juga gemar berkhalwat didalam sebuah lubang didalam masjidnya. Tempat khalwatnya masih wujud hingga kini.

Beliau adalah imam para auliya` dan sholihin pada zamannya. Beliau adalah seorang yang telah sampai ke derajat Quthub.

Kewafatannya: al-Habib ‘Abdullah al-’Aidarus al-Akbar wafat pada hari Ahad sebelum waktu dhuhur 12 Ramadhan 865H/1445M ketika kembali dari perjalanan dakwahnya dari kota Syihr menuju kota Tarim iaitu didaerah Abul. Jenazahnya dimakamkan di pemakaman Zanbal, Tarim. Dan makamnya mudah dikenali kerana ianya adalah salah satu daripada 3 buah kubah yang berada di Zanbal.


0 Responses

Posting Komentar


Assalamu 'Alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarokatuh

Video Streaming Acara Akbar "Majelis Rasulullah"