Qasidah Munajat Al Imam Al Quthb Habib Abdullah Al Haddad

Qasidah Munajat Al Imam Al Quthb Habib Abdullah Al Haddad

Ya Rasulallah . . .

Al Imam Al Habib Umar Al Muhdhor

CATATAN PERJALANAN KE TARIM HADRAMAUT YAMAN - 10


قال سفيان بن عيينة رحمه الله تعالى: عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة

Manaqib al-Imam al-Habib Umar bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf

Nasabnya: Umar bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alwi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah
صلى الله عليه وآله وسلم. Ibunya adalah as-Sayyidah ‘Aisyah binti Abu Bakar al-Wara’ bin Ahmad asy-Syahid bin al-Faqih al-Muqaddam.

Beliau dilahirkan di KotaTarim, Hadramaut. Mendapat didikan awal daripada ayahnya al-Imam ‘Abdurrahman as-Saqqaf. Pada usia yang masih kecil beliau sudah menghafaz al-Quran dan kitab al-Minhaj. Selain ayahnya, beliau juga berguru kepada al-Faqih Abu Bakar bin Muhammad Bilhaj BaFadhal. Menurut Muhammad bin Abu Bakar asy-Syili, al-Habib Umar al-Muhdhor mencapai tahap mujtahid mutlaq didalam ilmu syariat.

Mujahadahnya: Beliau adalah seorang yang sangat kuat bermujahadah. Al-Habib Umar al-Muhdhor, selama 30 tahun tidak memakan kurma. Ketika ditanya kepadanya mengapa? Beliau menjawab: aku tidak memakannya kerana kurma membuatkan aku dirangsang oleh nafsu syahwat. Oleh sebab itu akau melarang diriku untuk memakannya. Selain dari terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah, beliau juga terkenal sebagai seorang yang maqbul doa, kasyaf dan mempunyai pelbagai karamah. Sebagaimana biasa kaum ‘Alawiyyin memilih untuk khumul dan menghindari syuhrah (kemasyhuran).

Sifatnya: Walaupun al-Habib Umar al-Muhdhor seorang hartawan kerana memiliki banyak kebun kurma, namun beliau sangat terkenal dengan sifat pemurah. Ia mendirikan banyak masjid dan mewaqafkan harta untuk pembiayaannya. Terdapat sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Muhdhor di Kota Tarim. Selain itu, al-Habib Umar al-Muhdhor juga menjamin nafqah untuk beberapa buah keluarga yang miskin. Rumahnya tidak pernah sepi dari tetamu yang datang berkunjung baik untuk kepentingan agama maupun kepentingan duniawi.

Karamahnya: Diantara karamah beliau:
  • Kisah 1 : Pernah al-Habib Umar al-Muhdhor memberi kepada sahabatnya segantang kurma yang dibubuhnya dalam keranjang. Setiap hari sahahabatnya itu mengambilnya sekadar untuk memberi makan keluarganya. Segantang kurma itu diberi berkat oleh Allah sehingga dapat dimakan selama beberapa bulan. Melihat kejadian tersebut si isteri tidak tahan untuk tidak menimbangnya. Sewaktu ditimbang, ternyata kurma tetap beratnya segantang saja seperti yang diberikan oleh al-Habib Umar Al-Mudhor sebelumnya. Walau bagimanapun setelah ditimbang kurma itu hanya cukup untuk beberapa hari saja, sedangkan sebelum ini jumlah yang sama bertahan selama beberapa bulan. Kemudian, keluarga tersebut mengadukan kejadian itu pada al-Habib Umar al-Muhdhor. Beliau menjawab: “Jika kamu tidak timbang kurma itu, pasti akan cukup sampai setahun”.
  • Kisah 2 : Seseorang datang mengadu pada al-Habib Umar al-Muhdhor: “Kalung isteriku dicuri”. Al-Habib Umar al-Muhdhor berkata: “Katakan pada orang banyak di sekitarmu, sesiapa yang mengambil kalung tersebut hendaklah segera mengembalikannya, jika tidak, dalam jangka masa tiga hari, orang yang mengambil kalung tersebut itu akan mati dan kalung itu akan dibaju pencuri terbabit. Perintah beliau dijalankan oleh lelaki tersebut. Tapi tidak seorangpun yang mengaku perbuatannya. Setelah tiga hari ia mendapati orang yang mencuri kalung isterinya itu mati. Sewaktu diperiksa ia mendapati kalung isterinya itu berada dalam pakaian si mayat sebagaimana yang dikatakan oleh al-Habib Umar.
Kewafatannya: Al-Habib Umar al-Muhdhor wafat pada hari Senin 12 Dhulqaedah 833H didalam keadaan sujud sewaktu sholat dhuhur. Beliau dimakamkan di pemakaman Zanbal.
0 Responses

Posting Komentar


Assalamu 'Alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarokatuh

Video Streaming Acara Akbar "Majelis Rasulullah"